Menjadi pengganggur untuk beberapa bulan, Sepupu abang ipar memberi ruang untuk saya bekerja di syarikat agen perkapalan milik abang iparnya di Kemaman. Di sini pun bekerja tak lama juga. Mengendalikan dokumen kemasukkan kapal. Jika pukul 2 pagi kapal berlabuh, dua pagi naik bot kecil bersama pegawai berkaitan naik ke kapal. Adakalanya bekerja di pelabuhan Kuantan. Berpeluang juga menaiki kapal perlancongan yang berlabuh di Kuantan. 2 minggu sekali saya balik ke Ipoh menaiki EX5. Perjalanan waktu malam... pernah tidur atas motor berhampiran tol karak. Mengantuk sangat.
Setelah selesai SPM, ikut kakak ke Terengganu... Bekerja di JCM Kertih..sebagai pembantu setor... gaji RM500.00 sebulan. Cukup la untuk orang bujang pada masa itu. Di sinilah berpeluang pergi ke pelantar minyak.... gaji harian RM78 sehari. Oklah juga... selama di pelantar minyak tidak perlu guna duit 1 sen pun... tapi hidup bosan. Hasil pergi pelantar minyak selama 3 minggu dapat saya bayar muka motorsikal EX5 baru..sebelum ditamatkan perkhidmatan. Syarikat goyah. bulan-bulan ibu bapa tanggung bayaran bulanan sehingga dapat kerja.

Sekadar gambar...dulu lepas SPM tahun 1987, sibuk mencari kerja... semuanya tidak kekal. Dapat gred 3...susah nak cari kerja yang gajinya OK. Mula-mula bekerja di kilang buat kek... hanya bertahan selama 2 minggu sahaja. Kerja kilang hanya seminggu... duduk. tangan sahaja yang buat kerja. Kerja cuci pun tak kekal lama. Banyak tempat yang mendapat sentuhan tangan saya.Ipoh Plaza, Panggung Wayang Cathay, pejabat-pejabat. Adakalanya jadi pemandu...Di atas kepercayaan, dilantik sebagai 'Supervisor' di Parkson Sitiawan & Parkson Butterworth....Betapa susahnya hidup tanpa sijil yang cemerlang, Semasa di Parkson Butterworth tiada cuti...Isnin hingga Ahad. Balik Ipoh kena berkhidmat di sana. Gaji pokok RM180.00 ++ lain-lain elaun dapat la RM345.00 + rumah & pengangkutan. Penghujung tahun 1989, emak & ayah menanggung perbelanjaan belajar di Institut Sofar. Selepas tamat belajar saya dapat tawaran untuk mengajar mata pelajaran matematik tingkatan 5... tapi saya tolak sebab jiwa bukan untuk mengajar.

Tinggal kenangan...sekadar gambar... bukannya pelantar minyak yang pernah saya kunjungi sebanyak 3 kali sekitar tahun 1991. Minggu pertama ok. Minggu kedua dah mula nak haru-biru dan minggu ketiga pantang dengar bunyi heli... Rasa happy sangat kalau dapat balik. Bila nampak pantai mula tak sabar nak jejak daratan. Kalau boleh nak bawa sendiri heli bagi cepat sampai. Rindu pula nak ke sana. Makan minum sentiasa ada tapi tak lalu nak makan. Pakaian ada orang yang uruskan. Bangun pagi sudah tersedia bakul pakaian depan bilik. Terima kasih kepada kakitangan yang berkaitan.

Blog Saya

Setelah lama meneroka dan membina laman blog untuk sekolah, kini membina blog sendiri. Moga-moga dengan cara ini dapat mengurangkan tekanan....