Sekadar gambar...dulu lepas SPM tahun 1987, sibuk mencari kerja... semuanya tidak kekal. Dapat gred 3...susah nak cari kerja yang gajinya OK. Mula-mula bekerja di kilang buat kek... hanya bertahan selama 2 minggu sahaja. Kerja kilang hanya seminggu... duduk. tangan sahaja yang buat kerja. Kerja cuci pun tak kekal lama. Banyak tempat yang mendapat sentuhan tangan saya.Ipoh Plaza, Panggung Wayang Cathay, pejabat-pejabat. Adakalanya jadi pemandu...Di atas kepercayaan, dilantik sebagai 'Supervisor' di Parkson Sitiawan & Parkson Butterworth....Betapa susahnya hidup tanpa sijil yang cemerlang, Semasa di Parkson Butterworth tiada cuti...Isnin hingga Ahad. Balik Ipoh kena berkhidmat di sana. Gaji pokok RM180.00 ++ lain-lain elaun dapat la RM345.00 + rumah & pengangkutan. Penghujung tahun 1989, emak & ayah menanggung perbelanjaan belajar di Institut Sofar. Selepas tamat belajar saya dapat tawaran untuk mengajar mata pelajaran matematik tingkatan 5... tapi saya tolak sebab jiwa bukan untuk mengajar.

No comments:

Post a Comment