Menjadi pengganggur untuk beberapa bulan, Sepupu abang ipar memberi ruang untuk saya bekerja di syarikat agen perkapalan milik abang iparnya di Kemaman. Di sini pun bekerja tak lama juga. Mengendalikan dokumen kemasukkan kapal. Jika pukul 2 pagi kapal berlabuh, dua pagi naik bot kecil bersama pegawai berkaitan naik ke kapal. Adakalanya bekerja di pelabuhan Kuantan. Berpeluang juga menaiki kapal perlancongan yang berlabuh di Kuantan. 2 minggu sekali saya balik ke Ipoh menaiki EX5. Perjalanan waktu malam... pernah tidur atas motor berhampiran tol karak. Mengantuk sangat.

No comments:

Post a Comment